JB CornStarch Powder Blossom 100g
Specifications
Details
Bedak Bayi Johnson's memastikan kulit bayi kekal selesa dan kering. Kulit bayi sangat sensitif sebaik sahaja dilahirkan. Itulah sebabnya kami telah memperbaharui formula kami supaya kini lebih lembut dan sesuai untuk semua. Bedak Bayi JOHNSON'S diperbuat daripada 99% serbuk semulajadi, direka untuk memastikan kulit bayi kekal kering, segar, dan selesa.
- Diperbuat daripada 99% serbuk tepung jagung semulajadi
- Menyerap kelembapan 2x lebih banyak* untuk memastikan kulit kekal kering & lembut
- Membantu melindungi kulit daripada geseran
- Tanpa paraben, pewarna & ftalat tambahan
- Formula Kelembutan Terbukti secara Klinikal
- Diuji oleh pakar dermatologi
- Hipoalergenik *berbanding dengan bedak talcum
Cara Penggunaan: Pastikan kulit bayi kering dan bersih. Sapukan dengan lembut ke seluruh badan. Untuk hasil terbaik, gunakan bersama mandian dan losyen Johnson’s®. Sapukan pada tangan anda dan sapu dengan lembut pada badan bayi, termasuk di lipatan kulit. Ia juga boleh digunakan untuk menyegarkan bayi pada waktu petang. Simpan di tempat yang sejuk dan kering.
Bahan-bahan: Tepung Jagung, Trikalsium Fosfat, Wangian
Amaran: Elakkan bedak daripada terkena wajah bayi untuk mengelakkan penyedutan yang boleh menyebabkan masalah pernafasan. Elakkan sentuhan dengan mata. Jika produk terkena mata, bilas dengan air sehingga bersih. Jika berlaku ketidakselesaan, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat doktor.
Untuk kegunaan luaran sahaja. Jangan gunakan pada kulit yang terluka. Tutup rapat selepas digunakan. Elakkan daripada terkena api terbuka.
View more about JB CornStarch Powder Blossom 100g on main site